Keena Mentor

Suriana Abdul Wahab atau lebih terkenal sebagai Keena (lahir 3 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi program realiti Mentor musim ketiga pada 2009, menyebabkan beliau selesa untuk mengekalkan nama ‘Mentor’ di belakang nama pentasnya. Keena juga berkebolehan untuk menyanyi dalam beberapa bahasa lain seperti Cina dan Inggeris.[1]Pada tahun 2018, beliau melancarkan imej baru dengan muncul dengan nama baru, Keena Prasista selepas menyertai syarikat rakaman baru, Rousing Muses Pictures.[2]Keena Prasista kini memulakan kerjaya seni lakonnya menerusi sebuah filem seram di Indonesia untuk tahun 2018. Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Keena turut memberitahu bahawa dia juga akan muncul dengan dua single dangdut bertajuk Penghibur dan Burung Tak Berkandang ciptaan Hamid Mufari di sana.[3]

Keena Mentor

Pekerjaan pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 2009–kini
Nama lain Keena, Keena Prasista
Terkenal kerana program realiti ‘Mentor’
Kelahiran Suriana binti Abdul Wahab
(1986-08-03) 3 Ogos 1986 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia